Serangan Bom Hotel JW Marriott

Bom JW Marriott I dan II

  • Pada Selasa, 5 Ogos 2003 pada pukul 12.45 dan 12.55 WIB terjadinya suatu tragedi ledakan bom kenderaan yang diklasifikasikan sebagai pengeboman berani mati terjadi di Hotel JW Marriott, lalu menyebabkan kematian seramai 12 orang dan mencederakan lebih 150 orang.
Rencana utama: Bom Jakarta 2009
  • Pada Jumat, 17 Julai 2009 pukul 07.47 dan 07.57 ledakan bom kembali terjadi di hotel JW Mariott dan kali ini juga di Ritz-Carlton di kawasan Mega Kuningan, Jakarta, Indonesia, menyebabkan kematian seramai 9 orang dan mencederakan lebih dari 50 orang yang lain, baik warga Indonesia mahupun warga asing.

Bom JW Marriott Islamabad

Serangan keatas Hotel Marriott Islamabad terjadi pada 20 September 2008, ketika itu sebuah trak diledakkan di depan Hotel JW Marriott di ibukota Pakistan, Islamabad, menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 60 orang, mencederakan setidaknya 257 orang. Majoriti yang terkorban diyakini adalah dikalangan orang-orang Pakistan sendiri, meskipun 15 orang asing juga dilaporkan telah tercedera.